Showing posts with label aonang goodwill. Show all posts
Showing posts with label aonang goodwill. Show all posts

Day 1 : percutian Bajet ke krabi (aonang beach)

 Assalamualaikum..hurmm..dah lama x berhupdate blog aku ni...sejak habis study..kerja dan berumahtangga, byk masaku di focuskan dgn kerja-kerja rumah, baby keisha dan suami.

pejam celik sudah dua tahun aku menjadi isteri kepada mr.panda. and disebabkan dah lama x bercuti dan tiket aisasia tgh murah bulan januari hari tu..aku pun merancang honeymoon kali kedua.. (mr.panda x romantik..so sebagai isteri yg dh masak benar dgn sikap mr.panda. nyna kena ckp je.."abg..untuk anyversary ke 2 tahun..bie nak bercuti ke krabi".)

mula-mula bergoogle bagai..mencari blog-blog yg update pasal percutian budget diorang ke krabi..dan dari situ..aku dapat anggarkan perbelanjaan yang aku perlukan untuk percutian. Alhamdulillah dengan budget RM2000++ aku dapat bercuti dengan sempurna..bukan berdua je berhoneymoon.. anak kesayangan Keisha pun ikut..sebab mummy dia ni xnak berjauhan dengan anak dia.hihihi

okey..meh aku senaraikan jumlah dan aktiviti aku sepanjang disana:

tukaran duit baht masa pergi 100 baht=RM11.50 tapi untuk memudahkan pengiraan aku anggarkan 100 baht =RM10 yee..hhehehe

flight KUL-KBV/KBV-KUL= RM577 for 2 adult and 1 infant termasuk baggage+seat.

Hotel= 4200 baht untuk 4 hari 3 malam di aonang goodwill. (hotel dia agak jauh dri pantai..klau jenis tahan berjalan okey..dalam 5-10 minit smpai lah..disebabkan nyna bawa keisha so nyna sewa motorsikal)

sewa motorsikal=250 baht/day (250baht x 2 day=500baht+ 100 baht (minyak)=600 baht)

Day 1
 5:00 am : dari rumah ke KLIA 2
7:00 am :  KUL-KBV (airasia)
9:30 am : sampai di Krabi International Airport.
9:40 am : cari teksi di kaunter dua hala pergi/balik 600 Baht
(kalau jenis backpacker yg xde anak kecil boleh naik bas ke aonang beach 150 baht sehala.. dua hala  300 baht)
10:30 am: check in di aonang goodwill (booking melalui booking.com 4200 baht 4D/3N)
lepas check-in dan rest sekejap dalam bilik..kiteorg turun cari makanan dan survey di sepanjang pantai untuk cari pakej yg best and murah.hihihi

bilik kiteorang..okey..ada tab mandi..selesa..****bintang!!!

mr panda.sebuk nk pergi 7eleven disebabkan air dia murah red bull/mirinda/dan lain2 hnya 10 baht 1 botol..bukan main mr. panda memborong penuhkn peti ais dlm bilik hotel..huhuhu..

tina dapat pakej tuk 3 hari aktiviti..disebabkan tina smpai awal di aonang beach so start petang tu dh ada aktiviti..
phi-phi island :2200 baht/2prsn
4 island : 900 baht/2 prsn
elephant trecking : 1300 baht/2 prsn
total 3 aktiviti : 4200 baht

2:00 pm : kiteorng bersiap-siap untuk aktiviti pertama..elephant trecking...dann resultnyerrr......

nyna gayattttttttt!!!!!cukup lah sekali nyna naik..huhuhu..



lepas aktiviti terus balik hotel...malam lak disebabkan penad..makan maggie je lah kiteorang..hehehe... :p
okeylah..nanti tina cerita hari kedua, ketiga dan hari terakhir..penad..kbye!


XOXO
Kartina Affandy