Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tips kejutan untuk si dia ♥

♥ Berikan hadiah ketika bukan hari jadinya atau ulang tahun hubungan kalian. Dia pasti tidak menduga dan benar-benar terharu. -errrkk..ada x ekk nyna buat..nanti ingt ler..hihihi

♥ Beli barang idamannya, dia pasti akan menghargai usaha keras kamu memenuhi impiannya. Kirimkan kad istimewa yang kamu buat sendiri sebagai tanda ingatan. Lebih dramatik kamu boleh tinggalkan kad ini di dalam keretanya atau pos ke rumahnya. Cara ini mungkin konvensional tapi amat menyentuh perasaan.-yang ni nyna slalu buat..

♥ Bagi si gadis, kamu boleh buat kejutan dengan membelikan dua keping tiket perlawanan akhir buat si dia dan teman baiknya. Manakala jejaka pula, hadiahkan pakej spa kepada kekasih dan teman baiknya. Kejutan ini akan membuatkan dia berasa bangga memiliki kekasih yang memahami dan menghargai temannya.-perlawanan pe pulak..ajit x minat bola sgt..=.=

♥ Lari daripada kebiasaan. Misalnya jika selama ini kalian gemar bersiar-siar apa kata sekali sekala, kamu membawanya menonton wayang.- Slalu buat..bosan tgk wayang..jln2..bosan jln2..makan..and byk lagi.hihihi

♥ Kamu boleh merancang parti istimewa buat si dia. Lakukan kejutan ini bersama keluarga dan teman-temannya.-On the way...=.=

♥ Jika kamu mempunyai hubungan baik dengan keluarganya, apa kata kamu turut serta percutian dengan keluarganya. Si dia pasti gembira dengan kehadiran kamu. -Sudah!!best..seronok..x sbr nk jumpa family ajit lagi..hihihi


♥ Masak makanan kegemarannya, kamu boleh ajak dia makan bersama atau kirimkan bekal ke pejabat atau rumahnya. Kejutan ini ringkas tapi amat bermakna buat dirinya.- haaa..yg ni..ada..tpi x slalu..almaklum dok jauh sgt..kena naik kapal terbang..huhu..ayam sup~~

♥ Tanpa pengetahuannya, tempah baju yang sama tema warna untuk majlis atau perayaan istimewa seperti Hari Raya, Hari Kekasih atau sebagainya.-hihihi..dh byk baju kami sama..terutama bila Hari Raya..next year warna biru and peach..

♥ Kemunculan kamu secara tiba-tiba ketika dia menghadapi detik penting seperti perlawanan bola sepak. Berikan kata-kata semangat kepadanya sebagai tanda sokongan, pasti dia berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaik dan mendapat pujian ramai. -=.=...????o.0

Tips cinta bertahan lama

Bercinta milik semua, jadi kita perlu memainkan peranan untuk menjaga hubungan cinta kita bersama si dia terus berkekalan. Adakalanya, kita perlu ketepikan rasa ego kita untuk terus bersama si dia..... :)

♥ Jangan suka merajuk
Elakkan merajuk dalam masa yang lama....

♥ Jangan menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara pasangan meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak...Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit dengan kata-kata yang berbisa dan perbuatan salah pihak si dia....

♥ Jangan berdusta
Jika si dia menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta..Jangan pura-pura tarik muka atau jual mahal..;)

♥ Jangan mencari salah
Kalau mahu berdamai, hentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan kekurangan si dia adalah sesuatu yang besar risikonya... Paling teruk si dia terus meninggalkan kamu kerana tidak tahan dengan perangai kamu yang suka mencari salahnya....

♥ Bahasa Kasar
Jauhi menggunakan bahasa kasar  ketika bergaduh... Ini akan menyebabkan pergaduhan kamu semakin besar dan parah..

♥ Mulakan berdamai
Biasanya, konflik yang terjadi itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai...Walaubagaimanapun, masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing ego dengan diri sendiri..Jangan tunggu si dia yang mulakan.. Tidak salah jika kita yang mulakan, kerana ini membuktikan kita benar-benar inginkan perdamaian...

♥ Kenal pasti punca masalah
Setelah semuanya reda dan berada dalam keadaan yang tenang, carilah punca-punca yang menyebabkan berlakunya pergaduhan itu...Dengan cara ini, penerimaan pendapat antara satu sama lain lebih berjalan lancar..


p/s::To my bo0cuk..sorry bie slalu merajuk..ego..tpy bie still chyg boo..(^.^)

Tips untuk memahami hati seorang gadiss ♥


SENSITIF
tu bukan maksudnya suka merajuk.. selalunya girls ni hanya ingin dimanja dan ingin mendapatkan perhatian dari orang tersayang.. bukannya dgn cara maki orang tersayang..

CEREWET
ini tak bermakna FUSSY tak tentu hala.. sumtime seorang gadis ni inginkan lelaki ikut je kata-katanya sekali sekala..takkan girls ja nak ikut cakap laki.. unfair la kn.?

HALUS
gadis ibarat sehelai sutera,cantik,lembut dan mudah tercarik dan koyak.. walaupun seseorang wanita memaafkan seseorang yang dia sayangi atas sebab sesuatu kesalahan,biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran..

Bukan DENDAM.. remember.. bukan DENDAM cuma peringatan utk diri sendiri :)

KORBAN
WANITA selalu berkorban apa saja untuk seseorang yang mereka sayangi.. kadang2 kebanyakan lelaki tak pernah fikir pun pengorbanan kekasihnya.. sebab itulah WANITA yang kecewa dalam cinta akan menjadi seorang yang TABAH dan SABAR..

MANJA
walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA.. wanita biasanya akan manja bila bersama dgn kekasihnya.. so, lelaki tak perlu risau kerana jika si DIA manja sekalipun,si DIA hanya akan setia pd korang ja tau..!

EGO
WANITA terlalu sayangkan kekasihnya sanggup tolak ke tepi EGOnya apabila bersemuka dgn orang yang dicintai..Kalau si DIA marah sgt terhadap kesilapan yang paling besar korang pernah buat, just bagi dia waktu bukan dgn cara korang maki hamun perempuan tuh..

CINTA
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling tulus.. jadi jika kekasih menangis terhadap kesilapan korang, itu bermakna si GADIS masih sayangkan kekasihnya.. tak bermakna si dia marah, dia tidak sayangkan korang.. tink posotive :)

p/s : credit to http://waniemork.blogspot.com/  

Menjadi tunangan orang tanpa kita sedar

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

♥ BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN ♥


Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. 

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. 

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. 

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja 

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. 

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. 

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. 

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. 

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek... 

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

WAHHHHH..IT LIKE YOU LAR KHAIRUL HAZIQ..BILE BACA NI KN..BIE TERUS INGT KT BO0CHUKK..HUHU..BO0CHUKK MMG SAYANG BETUL KT BIE..SLALU CUBA WAT TERBAIK TUK BIE..THNKZ FOR EVERYTHING SYG..BIE APPRECIATE IT..♥♥♥♥♥♥♥♥
I ♥ U

♥kemuliaan ibu mengandung ♥



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

p/s:: betapa mulia nya seorang ibu..huhuhu

‎28 WAYS T0 MAKE A Girl Smile.....

[1] tell her she is Beautiful. not hot or fine.

[2] hold her hand at ANY moment even if it is just for a second.
...
[3] Kiss her on the forehead.

[4] leave her voice messages to wake up to.

[5] ALWAYS tell her you love her at any & and all times.

[6] when she is upset, hold her tight & tell her how much she means to u.

[7] recognize the small things ..they usually mean the most.

[8] call her Sweetie or BABY.

[9] Sing to her no matter how horrible your voice is.

[10] pick her over all the OTHER girls you hang out with.

[11] write her notes.(she loves them)

[12] introduce her to family & friends as your girlfriend.

[13] play with her hair.

[14] pick her up, tickle her, & play WRESTLE with her.

[15] sit in the park & just TALK to her.

[16] tell her funny jokes, tell her stupid jokes, just tell her joke.

[17] throw pebbles at her window in the middle of the night just because u missed
her.

[18] let her fall asleep in your arms.

[19] carve your names into a TREE.

[20] if she`s mad. Kiss her !

[21] give her piggyback rides.

[22] bring her flowers just because.a

[23] treat her the same around your friends as you do when you`re alone.

[24] look her in the eyes & Smile.

[25] let her take as many pictures as she wants.

[26] SL0W DANCE with her, even if there isn't any music playing.

[27] KISS HER IN THE RAIN.

[28] if you`re in love with her tell her.

bila kita sayang orang itu

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA TERIMA JE APA YANG ORANG TU KATA
TAPI BILA DIA KATA KITA?
HATI KATA TAKPE SEMUA MANUSIA TAK SEMPURNA

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA TUNGGU DIA LAMA PUN TAK PE
TAPI BILA DIA TUNGGU KITA??? DIA MARAH2
HATI KATA ALA ADATLAH ADA YANG MENUNGGU DAN DITUNGGU..

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA TAK TIDO PUN TAK PE JANJI LAYAN DIA YANG TENGAH BOSAN,
TP BILA KITA BOSAN ADA DIA LAYAN KITA???
HATI KATA TAK PE DIA BUSY KOT..

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA GADUH DENGAN DIA, KITA DIAM JE
TAPI DIA HEBOH 1 DUNIA
HATI KATE TAK PE, DIA TENSION TUU..

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA CALL NAK CAKAP DENGAN DIA
TAPI DIA GAYUT DENGAN ORANG LAIN..
BILA JADI CAMTU,
HATI KATA TAK PE, DIA ADA HAL NAK CAKAP DENGAN KAWAN DIA..

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA BERCERITA DENGAN DIA, CERITA DENGAN TUNGGUL LAGI BAIK
TAPI BILA DIA BERCERITA DENGAN KITA..
KITA DENGAR,
TAKPELAH, TAKKAN DIA ASYIK NAK BUAT SEMUA BENDA UNTUK KITA..

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA TAK SANGGUP TENGOK DIA DERITA
TAPI DIA TAK PERNAH HARGAI DIRI KITA,
HATI KATA, TAU TAK BETAPA KITA SAYANGKAN DIA?

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA SANGGUP TINGGALKN DIA SELAMA2NYA UTK DIA BAHAGIA
TAPI ADAKAH DIA TAHU PENGORBANAN KITA??
HATI KATA, TAK PE, JANJI DIA BAHAGIA....

perempuan jatuh cinta


Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

p/s::khas for my beloved khairul haziq!!! <3

10 CaRa MenGambiL Hati BakaL IbU MeRtUa


Bak kata orang nak pikat anaknya kena la pikat emaknya tetapi bagaimana pula jika anaknya dah terpikat emaknya pulak belum terpikat?
Mungkin tips yang saya sertakan kali ini dapat membantu kita semua.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya.Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda.Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka.
Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya.Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri..
6. Berkongsi minat dengannya.
Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka.Contohnyaseperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda.
Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut.
Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri.
Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.
p/s: informasi dari http://selangor2u.com/blog/isu-cinta/10-cara-mengambil-hati-ibu-mertuaku/. arggghhh..mampu ke aku wat semua ni???insyaAllah..bulan may ni ak cuba yg terbaik punyer~~~hehehehe..^_^

10 petUa MenJaga Cinta Anda

Ikuti 10 petua berikut untuk memelihara cinta sejati anda berdua yang diharapkan bakal berakhir ke jenjang pelamin kelak.


1. Pilih pasangan yang sesuai

Jangan sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati.Terlalu ramai pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segala-galanya.Secara jujur, tanya kepada diri sendiri: "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah? " Jika tidak, buat keputusan untuk mencari yang lain.

2. Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks kerana ramai pasangan yang terjebak dalam persoalan ini. Mereka sanggup berkorban membuta tuli tanpa memikirkan risiko bakal ditinggalkan.Berdasarkan pengalaman mereka yang pernah melaluinya, pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan apabila akhirnya ia menjadi bahan yang diungkit sampai bila-bila.

3. Percaya pada kelemahannya

Anda seharusnya tanya kepada diri sendiri; "Adakah dia sudah bersedia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya, kemudian baru mengingati aku?"

4. Tutup mulut

Jangan cuba menceritakan keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggungjawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain.Cara sebegini dapat mengelak daripada berlakunya konflik dan hubungan emosi anda berdua.

5. Terima seadanya

Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan ketika berbulan madu, tetapi amalkan 'temu janji' sekali seminggu.

6. Jadi pemerhati

Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku.Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda

Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan dan cuba berbincang cara menyelesaikan masalah anda berdua.

8. Kekasih lama kembali

Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati suatu masa dulu tiba-tiba muncul depan mata. Bagi sesetengah individu, ia mungkin membuatkan keadaan jadi sukar.Perasaan buntu dan bercelaru mungkin memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan supaya tidak mencintainya lagi.Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru yang mungkin menjanjikan kebahagiaan selama-lamanya.


9. Bukan perigi cari timba

Anda mungkin tidak sedar cinta sejati membuatkan anda seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Sebaiknya, haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan

Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya.

10 ciri teman wanita sejati

Ketulusan hati dalam melayari detik2 percintaan sangat penting. Ia sebagai pelengkap untuk menjalinkan hubungan sebagai suami isteri kelak. 


“ Saya sayang awak lebih daripada segalanya”, “cintaku hanyalah untukmu seorang”, atau  “saya tetap bersamamu buat selama-lamanya”. Ungkapan ini sering dilafaskan kala asyik dilamun cinta. 
Tetapi pernahkah anda sebagai lelaki terfikir adakah cinta seorang wanita itu realiti atau fantasi? 
Berikut ialah ciri-ciri wanita idaman dan benar-benar ikhlas mencintai dirimu... 

Tidak bergantung kepada orang lain 
Tiada siapa yang inginkan teman wanitanya bersikap seperti budak kecil. Ataupun bersikap ganas dalam melakukan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi, wanita yang sering menangis tanpa sebab yang munasabah. 
Personaliti menarik dan pengetahuan yang luas ketika berbicara menjadi impian setiap lelaki terhadap pasangannya.-hurmmm...mmg x bergantung ngan org lain pun...

Bijak 
Wanita yang bijak kerapkali akan membuat beberapa kejutan terhadap teman lelakinya. Mereka cuba melakukan sesuatu dengan mencipta idea dan cerita yang menarik dapat dikongsi bersama. Dia akan sentiasa berfikir sebelum melakukan perkara yang tidak disukai teman lelakinya.-Bijak sikit je..hehehehe....

Sifat seksual yang sama 
Seorang teman wanita yang sejati sentiasa melakukan persamaan atau perbuatan serupa seperti kekasihnya. Anda berdua pastinya mempunyai persamaan dalam melakukan sesuatu perkara seperti sama-sama berkongsi hobi dan pendapat.-Yupzz!! hobi yang sama..hehhee:') 

Sempurna sifat 
Keinginan lelaki dalam memilki teman wanita yang sempurna sifatnya merupakan satu kemestian yang nyata. Kecantikan mahupun personaliti yang menawan menjadi inspirasi setiap lelaki. 
Wanita yang sempurna sifatnya bukan sekadar cantik di mata lelaki tetapi untuk dirinya juga. Seseorang wanita akan sentiasa menjaga perhiasan diri, tidak kira fizikal mahupun mental demi menjaga maruah peribadinya dan juga sebagai daya tarikan untuk kekasihnya.-No Komen...


Hormat 

Wanita haruslah menghormati teman lelakinya. Ini bermaksud dia sentiasa mendengar segala nasihat dan menjadi seorang pendengar setia. 
Mereka bukan hormat kepada kekasihnya sahaja malah memiliki tingkah laku yang baik ketika berhadapan dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga si lelaki.-hehehe..:') ada x bo0?? 

Andalah teman lelakinya 
Ketika membeli-belah, anda dan pasangan tiba-tiba terserempak dengan bekas teman lelakinya dan tanpa ditunggu-tunggu, dia terus membawa anda berkenalan dengan bekas teman lelakinya itu. Jika membeli-belah bersama rakan baiknya, dia tidak akan sesekali meninggalkan anda, sebaliknya cuba memegang tangan anda setiap kali berjalan bersama rakan-rakannya itu.-Yelah..xkn nk pgg tgn org lain lak..ish333 

Kurang berleter 
Perkara yang tidak digemari lelaki ialah wanita yang kuat berleter. Wanita yang jujur dan ikhlas dalam percintaan akan menjaga pertuturan dan tingkah laku agar komunikasi dalam perhubungan berjalan lancar. Buat kaum wanita, peliharalah setiap pertuturan kata anda ketika berbicara, begitu juga lelaki.-Meleter xde sgt..lau merajuk kuat kn bo0..hahaha:P 

Ambil berat terhadap keluarga 
Dia sering bertanya khabar keluarga dan rakan-rakan anda dan ini dilakukannya dengan gembira. Malahan dia akan membawa anda berjumpa dengan ahli keluarganya.-Keluarga bo0 keluarga bie gak..kawan bo0 kwn bie gak..hehheehe

Benar-benar mencintai dirimu 
Cinta setiap pasangan akan lahir jika mereka saling menghormati antara satu sama lain. Wanita yang benar-benar mencintai dirimu tidak akan sesekali berlaku curang terhadapmu. Tentunya, wanita ingin dirinya disayangi dan dihargai. Dia juga akan sentiasa mengambil berat terhadap diri anda sama ada dari segi kewangan atau masalah peribadi.-Mesti lar..xkn curang..coz bie chyg bo0..huhuhu. 

Dirimu lelaki idamannya 
Setiap lelaki inginkan kesempurnaan daripada teman wanitanya. Wanita juga sentiasa ingin menjadikan anda seorang lelaki yang sempurna dan telus dalam hidup mereka. Sebaliknya, jika anda mempunyai sebarang masalah, dia akan cuba membantu sebaik yang mungkin. Hati wanita turut tersentuh dan resah jika kekasihnya dilanda pelbagai masalah.-huhuhu..xkn nk tgk dye sorg2 susah knknkn??huhuhu.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. mungkin kecantikan itu menburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal tang beragama adalah lebih baik..

Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya dia telah memelihara sebahagian daripada agamanya..

p/s:: Sumber dari ---Forum-Paramedik-Malaysia---
Hope bo0 baca ek..hehehe:D (ofcoz dye baca…sentiasa baca)

Kekasih Curang???ohhh...No!!!!

1-Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

2-Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.


Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda- tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh- sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

3-Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4-Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.

Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita

5-Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.

Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

6-Tidak lagi rajin menelefon anda

Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.
  
7-Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar.

Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

8-Asyik lewat ketika temujanji

Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

9-Menerima panggilan telefon secara rahsia

Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

10-Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda

Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

11-Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati

Ketika anda cuba menghubunginya,handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

12-Kerap memberi alasan sibuk dan penat

Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu.Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

13-Sering tersasul menyebut nama wanita lain

Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.

14-Sepi tanpa berita bila berjauhan

Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

15-Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya

Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya.Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

16-Marah apabila anda bertanya aktivitinya

Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!

p/s::nie ak dpt dri sumber http://gilapanas.blogspot.com/2010/10/kaedah-untuk-mengetahui-kekasih-curang.html.. tuk dijadikan sebagai pedoman kita nk tau sama da pasangan kita curang o no..hehehe..naseb baik semua yg kt atas lngsung xda kt ajit..Alhamdulillah..hehehe..:D