Tips cinta bertahan lama

Bercinta milik semua, jadi kita perlu memainkan peranan untuk menjaga hubungan cinta kita bersama si dia terus berkekalan. Adakalanya, kita perlu ketepikan rasa ego kita untuk terus bersama si dia..... :)

♥ Jangan suka merajuk
Elakkan merajuk dalam masa yang lama....

♥ Jangan menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara pasangan meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak...Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit dengan kata-kata yang berbisa dan perbuatan salah pihak si dia....

♥ Jangan berdusta
Jika si dia menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta..Jangan pura-pura tarik muka atau jual mahal..;)

♥ Jangan mencari salah
Kalau mahu berdamai, hentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan kekurangan si dia adalah sesuatu yang besar risikonya... Paling teruk si dia terus meninggalkan kamu kerana tidak tahan dengan perangai kamu yang suka mencari salahnya....

♥ Bahasa Kasar
Jauhi menggunakan bahasa kasar  ketika bergaduh... Ini akan menyebabkan pergaduhan kamu semakin besar dan parah..

♥ Mulakan berdamai
Biasanya, konflik yang terjadi itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai...Walaubagaimanapun, masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing ego dengan diri sendiri..Jangan tunggu si dia yang mulakan.. Tidak salah jika kita yang mulakan, kerana ini membuktikan kita benar-benar inginkan perdamaian...

♥ Kenal pasti punca masalah
Setelah semuanya reda dan berada dalam keadaan yang tenang, carilah punca-punca yang menyebabkan berlakunya pergaduhan itu...Dengan cara ini, penerimaan pendapat antara satu sama lain lebih berjalan lancar..


p/s::To my bo0cuk..sorry bie slalu merajuk..ego..tpy bie still chyg boo..(^.^)

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum
sila comment!!