Pertama kali aku melihatmu..menyentuhmu..menciummu..aku rasa amat bahagia..apatah lagi mendengar rengekanmu memanggilku..aku menjaga dirimu sepenuh hatiku tanpa rasa jemu..segala kemahuanmu aku cuba tunaikan dengan kudratku..kau tau betapa sayangnya aku terhadap dirimu. Aku memangkumu sejak kau berusia 7bulan dan kau belajar merangkak..berjalan..ketawa..dan berkata-kata..dihadapanku..ayat pertama aku ajar kepadamu "mummy" aku senang apabila kau boleh menuturkannya, bahagia aku rasakan..tahun berlalu dengan cepat tanpa aku sedar kau kini semakin besar..kenakalanmu membuat aku sentiasa ketawa..namun kadang-kadang api amarahku boleh meletus dengan tingkahmu namun apabila melihat wajahmu semua ilang bersama angin lalu.tiada sedikitpun kemarahanku kepadamu.
"mummy alya nak sekolah" kata-kata itu sentiasa bermain difikiranku.."sayang, nanti sayang dah besar mummy hantar syg sekolah ek.mummy tak sabar tengok sayang pakai baju sekolah".
terukir senyuman dibibir mungilnya..dan dia memelukku sambil menciumku..
"I LOVE U MUMMY".
Puasa tahun lepas 2011- aku berniaga dibazzar ramadhan membantu mama ku berjual mee goreng.Alhamdulillah laris jualan mama..dapatlah beli barang untuk persiapan raya. aku tau betapa sukar mama ku untuk bangun semula setelah kemewahan yang kami miliki suatu ketika dulu hilang begitu saja disebab hasad dengki manusia. mama ku terkena buatan manusia yang keji..hingga restoran ku yang diusahakan sejak aku belajar tingkatan 1 hingga aku hampir tamat tingkatan 5 musnah sekelip mata. Tapi Alhamdulillah keluargaku menerima perubahan sedikit demi sedikit..tapi mungkin agar sukar bagi adik2 ku kerna mereka biasa dengan kesenangan..tapi aku tau mereka berusaha untuk terima segalanya..
sepanjang aku berjual di bazzar ramadhan alya sentiasa menemani ku..kadang dia turut membantu..
"mee goreng..mee goreng..2 ringgit semangkuk"
kerna dia jua orang sentiasa terhibur dengan keletahnya..yang asyik menyanyi...menari..dan bergaduh dengan "mama" adik kembarku..
pada suatu hari aku mendapat kabar buruk dari papa ku..
"mak alya nak kan dia balik"
ya Allah betapa sukar dugaan kau bagi kepada ku.. sejak hari itu aku sentiasa menangis mengenangkan anak yang aku asuh dan aku didik akan pergi meninggalkan aku..ya aku tau mak dia lebih berhak..tapi aku mengjaganya seperti anak aku sendiri..makan minum mandi dan buang air besar aku yang uruskan..
tapi aku redha dengan apa yang terjadi..
begitu sukar aku nak bagitahu alya perkara ini..namun aku cuba kuat..
"sayang,nanti sayang kena ikut mak balik..sayang xboleh jumpa mummy lagi..insyaAllah suatu hari nanti kita bertemu lagi ye sayang"
dia menangis apabila aku berkata seperti itu..dia memelukku dan menangis teresak-esak
"alya nak tinggal dengan mummy"
"sayang..jgn risau nanti sayang dah besar carilah mummy ye"
sejak hari tu aku menghabiskan masa bersama alya..sehingga habis raya..
ketika aku berada di asrama..almaklum aku harus menghabiskan pelajaran ku untuk semester terakhir.
alya telah diambil oleh mak nya..aku hanya mampu menangis disudut kamarku..
"mummy pasni alya xdapat bantu mummy berjual lagi kt bazar ramadhan"
kata-kata itu selalu ku ingat..
jadi InsyaAllah raya tahun ini aku ada rezeki aku nak balik kampung nak jumpa alya :)))
vandelisme=.=
ikan duyung
photoshot!!!
kau terindah dalam hidupku
inilah NUR ALYA ADRYIANA ALEXANDER.anak buah ku tapi aku dah anggap dia seperti anakku..sekarang umur dia 6 tahun..aku jaga dia sejak 2007-2011.
No comments:
Post a Comment
assalamualaikum
sila comment!!