M.I.M.P.I


MAAF..hanya itu yang mampu aku ucapkan kepada dirimu yang pernah hadir dalam hidupku.
 Bagiku kau hanya cebisan dalam kotak kenangan yang mengajarku erti kehidupan. 
Kau hadir disaat aku diulit mimpi indah,Kau tanyakan tentang sesuatu yang lama sudah terkubur dalam hatiku.
kau ingin jawapannya..
yaa..perasaan itu masih ada..
namun tahu kah engkau.
.kini aku sudah menjadi milik insan yang menghargai diriku tanpa pentingnya paras rupa,harta dan darjat.
Ketika kau memelukku..aku dengar debaran didadamu..namun aku diam terkaku..bibir membisu..
semua yang ada di sekeliling kita seolah-olah berbisik kepadaku
"kembalilah..kembalilah"
aku memejamkan mataku,..memekakkan telingaku..aku ingin suatu jawapan yang jitu..
jawapan yang akan mengubah segala-galanya..
air mata menitis satu persatu..dan aku jatuh terduduk..
menangis teresak-esak..kau hanya memerhatiku
MAAFKAN AKU..AKU TAK BISA KEMBALI KEPADAMU..
KERNA DIA TELAH MENCURI HATIKU DAN MEMBAWANYA BERSAMA ANGIN LALU..
disuatu sudut aku melihat dia datang menghampiriku..
menggenggam tanganku..menghapuskan sisa-sisa airmata dengan tangannya..
kau tahu??
senyumannyalah pengubat duka ku disaat kau pergi meninggalkan diriku..terkapai-kapai bersama impian yang hampir musnah..:((
kini aku bangun dan mengorak langkahku..bersama si dia mengecap kebahagiaan..dan hanya senyuman yang terukir dibibirnya..
tanpa perlu aku menoleh ke belakang..
aku tahu kau menangis kekesalan..
aku hanya mampu berdoa agar kau menemui  kebahagiaan suatu hari nanti..
dan
cerita kita biarlah menjadi satu mimpi indah dalam kehidupan kita yang mengajar kita untuk terus bangun dari sebarang kekecewaan..
THE END

p/s::okey..nyna xtau cmne nak ckp..but seriusly tiada kena mengena dgn yang hidup atau yang mati..hihihi
d^.^b


No comments:

Post a Comment

assalamualaikum
sila comment!!